Penyakit Berjangkit Penyakit berjangkit, juga dikenali sebagai penyakit boleh pindah, menyebabkan penyakit yang terbukti secara klinikal (contohnya, tanda perubatan berciri dan/atau gejala penyakit) hasil daripada jangkitan, kehadiran dan tumbesaran agen biologi patogen di dalam organisma perumah individual. Antara penyakit berjangkit teratas di Malayasia adalah demam denggi,tuberkulosis,penyakit tangan,kaki dan mulut,hepatitis,demam campak,eptospirosis,malaria,kolera,ensefalitis jepun,tifoid (demam kepialu). Sesetengah kes yang berleluasa di Malaysia melibatkan penyakit yang berpunca dari makanan dan melalui air seperti cirit-birit, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi, dan penyakit sentuhan air seperti leptospirosis. Sebenarnya, sebilangan penyakit yang disebutkan semakin sering menjangkiti rakyat Malaysia kebelakangan ini, manakala sesetengah lagi telah muncul semula dalam komuniti setelah berjaya dikawal selama bertahun-tahun. ...