Penyakit Berbahaya
SAKIT JANTUNG:Pembunuh dalam senyap
Oleh Hannan Hasbi Bin Azli
Penyakit jantung adalah kondisi ketika jantung mengalami gangguan. Gangguan pada pembuluh darah jantung, irama jantung, katup jantung, atau gangguan akibat bawaan lahir. Jantung adalah otot yang terbagi menjadi empat ruang. Dua ruang terletak di bagian atas, iaitu atrium (serambi) kanan dan kiri. Sedangkan dua ruang lagi terletak di bagian bawah, iaitu ventrikel (bilik) kanan dan kiri. Antara ruang kanan dan kiri dipisahkan oleh dinding otot (septum) yang berfungsi mencegah tercampurnya darah yang kaya oksigen dengan darah yang miskin oksigen.
Fungsi utama jantung adalah mengalirkan darah kaya oksigen ke seluruh bagian tubuh. Setelah seluruh organ tubuh menggunakan oksigen dalam darah, darah yang miskin oksigen tersebut kembali ke jantung (atrium kanan), untuk diteruskan ke ventrikel kanan melalui katup trikuspid. Sesudah darah memenuhi ventrikel kanan, katup trikuspid akan menutup guna mencegah darah kembali ke atrium kanan. Kemudian, saat ventrikel kanan berkontraksi, darah miskin oksigen akan keluar dari jantung melalui katup pulmonal dan arteri pulmonal, lalu dibawa ke paru-paru untuk diisi dengan oksigen.
Darah yang telah diperkaya oksigen tadi, kemudian dibawa ke atrium kiri melalui vena pulmonal. Saat atrium kiri berkontraksi, darah akan diteruskan ke ventrikel kiri melalui katup mitral. Setelah ventrikel kiri dipenuhi darah, katup mitral akan menutup untuk mencegah darah kembali ke atrium kiri. Kemudian, ventrikel kiri akan berkontraksi, dan darah akan dialirkan ke seluruh tubuh melalui katup aorta. Siklus peredaran darah tersebut akan terus berulang.
Penyakit jantung boleh berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat dalam kadar yang segera, jantung tidak dapat menjalankan fungsi mengepam darah ke seluruh badan terutamanya organ kritikal seperti otak di mana akhirnya akan menyebabkan kematian.Perangkaan pada tahun 2010 sahaja, kematian paling tinggi melibatkan penyakit jantung iaitu seramai 11,812 kematian dicatatkan.
Penyakit jantung tidak mengenal usia lantaran melihatkan kebanyakan kes kematian akibat sakit jantung juga menyerang golongan muda. Faktor stress juga dilihat sebagai punca serangan jantung dan kebarangkalian pesakit untuk tidak mendapatkan rawatan segera adalah tinggi. Selain itu, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung iaitu amalan cara hidup tidak sihat, faktor pemakanan serta faktor genetik atau keturunan.
Antara punca penyakit jantung ialah tabiat merokok, menghidap hipertensi, berlebihan berat badan atau obes, mempunyai tahap kolesterol dalam badan yang tinggi, gaya hidup yang tidak aktif serta menghidap diabetes.
Antara langkah awal yang boleh dipraktikkan seluruh ahli keluarga bagi menjamin jantung yang sihat berdasarkan saranan KKM. Jadikan rumah sebagai kawasan larangan merokok. Ini bukan sahaja memanfaatkan anda, tetapi yang lebih penting melindungi kesihatan anak-anak anda. Jika anda berhenti merokok sekarang, anda akan berjaya mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular sebanyak 50 peratus dalam tempoh satu tahun sahaja.Aktifkan hidup anda dengan merancang aktiviti fizikal atau senaman di luar rumah, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
Ketahui keperluan kalori harian anda yang sesuai dengan gaya hidup yang anda amalkan. Kita perlu bijak membuat pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat, dan imbangi pengambilan makanan (kalori) dengan tahap aktiviti fizikal anda. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula. Ketahui tahap kesihatan anda dengan menjalani ujian saringan faktor risiko penyakit tidak berjangkit setiap tahun, merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI dan ukur lilit pinggang. Tangani stres dengan bijak. Individu yang mengalami stres yang keterlaluan lazimnya mempunyai tabiat yang tidak sihat seperti merokok, makan secara berlebihan dan meminum alkohol secara tidak terkawal. Pemeriksaan kesihatan yang teratur adalah dinasihatkan untuk pengesanan awal dan seterusnya mencegah dari terus mendapat penyakit jantung ini. Pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, diabetes, tahap kolesterol perlu di lakukan setiap tahun bagi mereka yang berumur 35 tahun ke atas. Sesungguhnya amalan pemakanan sihat dan cara hidup sihat adalah jalan yang terbaik untuk mengatasi penyakit jantung dari wujud di dalam diri kita.
Comments
Post a Comment