Penyakit Berjangkit
Penyakit berjangkit, juga dikenali sebagai penyakit boleh pindah, menyebabkan penyakit yang terbukti secara klinikal (contohnya, tanda perubatan berciri dan/atau gejala penyakit) hasil daripada jangkitan, kehadiran dan tumbesaran agen biologi patogen di dalam organisma perumah individual.
Antara penyakit berjangkit teratas di Malayasia adalah demam denggi,tuberkulosis,penyakit tangan,kaki dan mulut,hepatitis,demam campak,eptospirosis,malaria,kolera,ensefalitis jepun,tifoid (demam kepialu). Sesetengah kes yang berleluasa di Malaysia melibatkan penyakit yang berpunca dari makanan dan melalui air seperti cirit-birit, penyakit bawaan vektor seperti demam denggi, dan penyakit sentuhan air seperti leptospirosis.Sebenarnya, sebilangan penyakit yang disebutkan semakin sering menjangkiti rakyat Malaysia kebelakangan ini, manakala sesetengah lagi telah muncul semula dalam komuniti setelah berjaya dikawal selama bertahun-tahun.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ketahui beberapa langkah mudah yang efektif untuk mencegah penularan penyakit berjangkit.Pelihara kebersihan diri pada setiap masa. Dari mencuci tangan anda, menyediakan makanan dan menjaga binatang peliharaan, hinggalah menutup mulut apabila batuk, menjaga luka dan tidak berkongsi perkakas, langkah kecil ini akan membawa perbezaan yang besar.
Ikut jadual vaksinasi yang ditetapkan. Sebagai seorang ibu atau bapa, pastikan anak menerima kesemua vaksinasi yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. Jika sedang melancong, pastikan melakukan pemeriksaan yang sewajarnya dan dapatkan vaksinasi.Manfaatkan teknologi bagi melindungi diri anda. Dari pemeriksaan kesihatan, rundingan dengan doktor dan mengenal pasti wabak beberapa bulan lebih awal, aplikasi kesihatan tersedia untuk panduan anda ke arah penjagaan kesihatan yang mudah dan berpatutan.
Comments
Post a Comment